Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Misi Syahadatain merujuk kepada tanggungjawab seluruh warga Ekspedisi Remaja Kental Nasional di Terengganu ini untuk memahami makna syahadatain,mengamalkan dalam kehidupan dan menyebarkannya kepada semua.Manakala Gen-Y merujuk kepada generasi yang akan berumur 30-35 tahun pada tahun 2020. Harapannya supaya bersama-sama merasai betapa besarnya tanggungjawab yang diletakkan di bahu kita apabila kita mendakwa telah beriman kepada Allah dan hari akhirat. Juga apabila kita mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasulNya. Tidak mungkin kita hanya boleh berpeluk tubuh daripada memikul tanggungjawab ini dan hanya mengaku beriman atau mendakwa diri kita sebagai Muslim. Hanya bergantung kepada pengakuan dan cakap kosong dalam hal ini tidak cukup. Sebenarnya apabila kita mengakui Allah sebagai Tuhan dan islam sebagai deen, kemudian kita lafazkan syahadah yang sebenar (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah), kita sepatutnya merasai tanggungjawab yang perlu kita laksanakan sebaik sahaja kita melafazkan syahadah ini. Kita juga perlu fikirkan apakah yang dapat kita lakukan untuk menunaikan tugas penting ini. Jika kita tidak laksanakan kewajipan ini atau kita tidak berusaha untuk melaksanakannya kita sebenarnya menempah akibat buruk perbuatan kita sendiri dan akan rugi di dunia dan di akhirat.
Mungkin ada yang tertanya-tanya: Apakah tanggungjawab yang kita katakan boleh membawa akibat buruk jika diabaikan ini?
Suatu perkara penting yang perlu kita sentiasa ingat ialah tanggungjawab besar ini tidak akan terlaksana dengan hanya kita beriman dengan Allah, malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari akhirat. Tanggungjawab ini juga tidak tertunai dengan hanya kita melaksanakan sembahyang, puasa, zakat dan haji sahaja. Malahan ia tidak cukup sekadar anda melaksanakan undang-undang syarak dalam urusan peribadi seperti perkahwinan, cerai atau pusaka; kemudian kita boleh berpeluk tubuh tanpa menitiskan walau setitik peluh dan terus tidur lena. Tidak, bukan demikian.
Ada satu tanggungjawab yang jauh lebih besar dan lebih penting daripada semua itu. Sedarlah bahawa tanggungjawab ini ialah kita melaksanakan di hadapan seluruh alam ini segala hak Syahadah Al-Haq (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad adalah Utusan Allah) yang kita imani dan kita akui sebagai agama kita.
Maksud syahadah (Pengakuan Bahawa Tiada Tuhan yang Layak Disembah Selain Allah dan Muhammad Adalah Utusan Allah) yang diletakkan ke bahu kita sebagai satu MISI selepas ketiadaan Nabi Muhammad s.a.w. ini ialah kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata ini dan kita membimbing mereka untuk melalui satu-satunya jalan yang menghubungkan mereka ke arah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kita tunjukkan kepada mereka pendekatan sebenar yang telah ditunjukkan oleh Allah, Kita tunjukkan segala petunjuk dan arah tujunya yang merupakan satu-satunya pendekatan yang betul dan diredai oleh Allah. Satu-satunya pendekatan yang akan membawa kebahagiaan kepada seluruh manusia.Allah telah berfirman di dalam surah Al-Aaraf:
172. dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya Dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Ayat diatas jelas menunjukkan pintu masuk kepada islam melalui penyaksian dan pengakuan seorang hamba kepada Allah .Tema ‘Misi Syahadatain Gen-Y’ ini membawa segunung harapan dan impian agar setiap peserta dapat merasai tanggungjawab menyebarkan risalah syahadah kepada seluruh alam.
Perumpamaan yang berbunyi, “Jika mahu melihat kehebatan sesuatu bangsa pada masa hadapan, maka lihatlah pemuda-pemuda dikalangan bangsa itu di masa kini” adalah sangat tepat. Melalui explorace ’Misi Syahadatain Gen-Y ini nanti,diharapnya dapat menyumbang kepada pembentukkan remaja ke arah pembentukkan masyarakat Islam yang lebih berjaya bagi merealisasikan “WAWASAN NEGARA”.
Allah sahaja yang menentukan segala-galanya dan Allah jualah yang memberi kita hidayah untuk bekerja demi memperolehi keredaanNya. Hanya Allah sahaja yang memberi petunjuk.
No comments:
Post a Comment