Saturday, January 10, 2009

Misi Syahadatain KRJ Perak!!

Ini ialah diantara intisari program KRJ-Azam Baru 2009.

Program ini dianjur bersama oleh AJK KRJ Ipoh dan peserta X-REK 2008 yang
bertemakan HIJRAH dan REMAJA. Semua aktiviti dalaman dijalankan di
Tadika Aiman. Kami berkumpul pada hari Rabu iaitu 30 Disember 2008
pada pukul 7.00 malam. Peserta yang hadir seramai 63 orang. Bilangan
yang hadir adalah di luar jangkaan kami, Alhamdulillah. Peserta
adalah berumur antara 13 - 17 tahun.

Kami mulakan dengan solat Maghrib berjamaah. Diikuti dengan sesi ta'ruf dan
tadarus Al Quran secara berasingan antara putra dan putri hinggalah waktu isyak.
Selesai solat Isyak berjamaah, Pakcik Nora'zim telah memberi kata-
kata aluan dan informasi tentang KRJ terutama bagi peserta yang belum
mengenalinya. Diteruskan dengan ceramah yang bertajuk Menghayati
Syahadatain yang disampaikan oleh Muallim Zulkifli Ahmad(pengetua SM
Al-Hidayah Ipoh, Perak).Pada pukul 10.00 malam, putra telah pergi ke
masjid berhampiran sementara putri menetap di tadika. Acara penutup
malam itu ialah masing-masing dengan persembahan nasyid oleh kumpulan
yang dijemput khas dari SM Al Hidayah Ipoh. Akhirnya, putra dan putri
pun beradu.

Pada pukul 4 pagi 1 Januari 2009, kami bangun untuk Tahajjud
sehinggalah waktu solat Subuh. Aktiviti diteruskan dengan berjalan
kaki ke tempat untuk Explorace. Kami singgah dulu di sebuah surau
untuk perkena nasi lemak. Perjalanan diteruskan hingga ke destinasi
iaitu Gua Kek Look Toong. Di situlah kami menjalankan aktiviti
explorace secara berkumpulan. Aktiviti yang dijalankan ialah
permainan yang menguji ketangkasan, kesabaran, kreativiti,
persefahaman dan menguji pengetahuan tentang hijrah dan sirah.
Diakhiri dengan resolusi. Kami berjalan pulang ke tadika yang sejauh
1 kilometer.

Di tadika, hadiah diberikan kepada kumpulan yang menang dan saguhati
bagi yang lainnya. Kami semua menikmati makan tengahari yang sangat
menyelerakan.

Program diakhiri dengan solat Zohor berjamaah. Kami peserta x-rek
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pakcik-pakcik,
makcik-makcik yang telah memberi sokongan, bantuan dan peluang bagi
kami belajar menjalankan aktiviti da'wah. Juga penghargaan kepada
abang-abang dan kakak-kakak fasi yang banyak membantu dalam
pengendalian program. Moga Allah merahmati kalian.

putrikeseniankausar@yahoo.com

4 comments:

  1. assalam..


    alhamdulillah..akhirnya berjaya juga program nie..susah o0o0o..well..ini semua apa yg telah diajarkn pd waktu x_rEk tu laa..

    well..thanks 4 all ur sapport keyh.


    chaiyok..gambate,,try all the bestt..


    bkn senang ana nk bg semangat nie..

    ReplyDelete
  2. hehe.
    Alhamdulillah.
    hebatlah perak.
    dlm masa singkat ni pon berjaya buat prog.

    tahniah yea krj perak!
    tabik sama you all!

    :)

    ReplyDelete
  3. ade banyak gambar.
    tp tatau la.
    lupe nk ltak kowt.

    ReplyDelete